Assalamualaikum...
Percutian 4 hari 3 malam kami di Pulau Langkawi yang indah ini dah nak sampai ke penghujungnya. Dan kami akhiri dengan makan malam pada 11 Disember 2015. Sempena 7 tahun usia perkahwinan kami berdua. Walaupon takde candle light dinner tapi ianya sangat berharga..Semoga Jodoh kami berkekalan hingga ke Jannah..Aamiiin!
| 7th Anniversary Dinner |
| Telaga Seafood Restaurant, Langkawi |
Seawal kul 6 petang lagi kami dah keluar konon2 nak cari tempat makan yang best dan murah (budget ciput kekdahnya). Lagipon dah lama teringin nak makan ketam. Kawan-kawan suggest makan kat Restoran Nelayan. Alhamdulillah kami dapat jumpa cari tempat tu. Tapi kesiannya masa kami sampai udang ketam semua takda. (Belum sampai atau pembekal tak hantar bergantung pada keadaan). Ikan dan siput banyak. Memang ikan dan siput sangat2 fresh dan murah..Tapi sebab teringin nak makan ketam kami tak jadi makan kat situ..tapi lain kali InshaAllah akan datang makan kat sini lagi
| Medan Selera Nelayan, Langkawi |
| Depan Medan Selera Nelayan |
| ikan semua segar2 (mata biru tu) |
Husband cadangkan kami ke Pantai Chenang kerana kat sana banyak restoran menghidangkan seafood. Alhamdulillah kami sampai di Telaga Seafood Restaurant di Pantai Chenang. Maka jumpa la Cik Tam & Cik Udang..hehehehe
Besar juga restoran ni. Ada ikan hidup juga. Tapi kami pilih ikan yang dah mati..hehehe
| pilih jangan tak pilih |
| ketam 2 ekor ja |
| Udang Harimau pon 2 ekoq ja |
| timbang udang |
| timbang ketam bunga |
| timbang ikan kerapu |
| tunggu depa masak |
sambil tunggu hidangan siap selepie laa dulu..
Layan anak-anak dulu..
Alhamdulillah hidangan makan malam kami dah sampai. Ikan Kerapu stim dengan limau & cili. Udang masak masam manis dan Ketam masak bercili. 3 hidangan lauk ja..
| 3 lauk ja |
| udang masak masam manis |
| ketam bercili |
| | |||
| Ikan Kerapu Stim bersama Limau dan Cili |
Memang puas hati makan lauk diaorang masak sedap. Kena laa dengan selera kami dan perut pon tengah lapar. Total charges kami kena RM128.80. Lepas balik rumah baru perasan kenapa kerapu tu lain harga dengan masa timbang. Padahal dia cakap tu harga sekalli masak. Masa timbang harga RM36 ja..tapi bil Rm45..mmm takpe laa halal jer laa..dah selamat masuk perut dah pon..hahahha
Lepas makan saja ronda ronda Pekan Kuah. Tiba2 husband tanya awak tak nak hadiah ANNIVERSARY ke?? Laju jer jawabnya.. mesti laa NAK!!!. hahahaha. Tapi...ada tapinya plok..Abang hanya nak belikan pingan mangkuk ja..dah alang mai Langkawi abang kata dia boleh beli CORELLE je laa.. Ape lagi terima je laa...hehehe. maka bertambahlah koleksi Corelle ku. dah ada 3 set dah..Cukup laa bekalan untuk masuk rumah baru nanti..InshaAllah..
![]() |
| Bunga Sakura pilihan si-dia |
Terobek sikit gambar kenangan masa hari akad nikah 11.12.2008 (Khamis)
Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-7
-Murniwati & Mohd Neerush-
Semoga Allah memberkati Jodoh kami berdua..Aamiiin!!
- Bercuti di Langkawi Part-1 (Hotel Helang)
- Bercuti di Langkawi Part-2 (Underwater World)
- Bercuti di Langkawi Part-3 (Langkawi Cable Car)
- Bercuti di Langkawi Part-4 (Pulau Dayang Bunting)
- Bercuti di langkawi Part-5 (Pulau Beras Basah)

