S Pink Premium Pointer

Bercuti di Langkawi Part 1 ( Century Helang Hotel )


Assalamualaikum..


Alhamdulillah pada 8hb - 11hb Disember 2015 lepas Murni sekeluarga diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk bercuti selam 4 hari 3 malam di Pulau Langkawi, Kedah. Kami sangat2 teruja laa sebab dah lama tak kesana. Last Murni pergi ke Pulau langkawi masa mengandungkan Alysa 6 bulan. Tahun depan Alysa pon dah 6 tahun. Ohh lama sungguh..



Century Hotel Helang


Tujuan utama Murni ke Langkawi adalah untuk menyambut Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke -7 yang jatuh pada 11 Disember setiap tahun. Dan juga sekali sekali bertukar angin laa orang kata. Lagipun Alysa tengah cuti sekolah. Tahun depan Alysa dah nak masuk Pra-sekolah. Ape salahnya sekali sekala bawa mereka keluar dari Pulau Pinang. Lagipun Alysa & Danish belom pernah jejak kaki mereka ke Pulau Langkawi ini.



4D3N Langkawi Trip


Flight kami berlepas dari Penang International Airport pada pukul 11:10pagi dan sampai di Langkawi Airport dalam pukul 11:45pagi. Alhamdulillah syukur takda delay flight haritu. Dan cuaca pon tersangat baik haritu.



Penang International Airport


Depa duk ber-3


Penang dari udara


Pulau Langkawi dari udara


Langkawi dari Udara


Sampai dah Langkawi Airport


Selpie dulu


Kalau dah sampai Langkawi perkara yang harus diambil kira selain hotel adalah Kereta Sewa. Haritu Murni hanya sewa kereta Perodua Viva (manual) dengan sewa harian sebanyak RM70/day. Mungkin sebab musim cuti sekolah jadi harga sewa kereta mahal sikit. Tapi Alhamdulillah kami dapat kereta yang ok. Sebenarnya Murni dah booking kereta seminggu sebelum kesana lagi melalui seorang kawan. Sebaik tiba di Langkawi Airport kereta tu dah siap menunggu. Tanpa bayar deposit tau.. dan duit sewa pon kami bayar melalui transfer online. Murni start pakai kereta ni 8hb dan return 11hb pagi tapi bayaran yangdikenakan adalah RM210 jer. Kalau kawan2 nak booking kereta sewa di Langkawi boleh jer Call/Whatsapp En Asraf  013-4381717.



Perodua Viva (manual)



Dah selesai bab sewa kereta sekarang kami kena uruskan pasal hotel pulak. Kebetulan haritu kami sampai awal jadi sempat laa kami pergi makan dahulu kat Pekan Kuah sementara menunggu masa untuk check-in hotel pukul 2ptg. Untuk 4 hari 3 malam ni kami menginap di Century Helang Hotel bersebelah jer dengan pagar Langkawi Airport ini. Kalau nak jalan kaki pon boleh kerana ada satu laluan khas dari airport ni ke Century Helang Hotel ni.



Depan Hotel Helang


Alhamdulillah kami selamat check-in. Sebenarnya 6 tahun lepas Murni dah pernah menginap disini. Sebab itu kali ini Murni memilih untuk menginap disini lagi. Salah satu faktor utama adalah kerana bilik hotel ini sangat luas. Kedua sebab ada swimming pool..almaklum dah ada anak mereka mesti kalau nak berjalan nak mandi kolam. Dan faktor ketiga adalah harga yang berpatutan. Husband dah booking bilik hotel ini melalui amoma.com 3bulan yang lepas dan dapat laa harga RM159/Night include 3 hari breakfast untuk 2orang. Kira murah juga laa tu sebab masa tu musim cuti sekolah.



Katil Deluxe King


Danish test katil,  Alysa test telefon (adoiyya)


Danish test landing dlu


Lulus katanya


Ada meja tulis


Boleh laa update blog malam nanti


Tepi tingkap ada katil boleh tidor sini juga


View swimming pool


tempat bancuh teh/kopi


tub mandi besar tuu


ruang mandi berasingan

sinki ada air panas/sejuk


toilet (mujur ada getah paip)


Depan Lift Level 4 (bilik kami) 



Pokok Krismas


Lobi Hotel


Lobi Hotel


Ruang Menunggu


Dinning Hall


Dinning Hall


Dinning Hall


Swimming Pool


Ok selesai bab check-in hotel dan rehatkan badan tetiba anak-anak dah terlompat-lompat ajak turun mandi kolam. Bila tipu takda orang mandi diaorang intai kot tingkap nampak dah ramai yang mandi-manda kat pool tu..apa lagi bisng laa depa.. Maka terpaksa la mak pak ikutkan ler anak-anak nak pelepas angin mandi kolam. Lagipon dah lamamereka tak mandi kolam sebenarnya..kesian depa..hehehe. Ok laa lepas mandi nanti kami nak keluar ke Underwater World Langkawi di Pantai Chenang pula..Jumpa disana ya..cewah2!!



Selepie dulu kami anak beranak


Danish kemain eksyen


Alysa tunjuk skill kuak lentang


Oh my HERO!!


seronoknya depa


dalam pagar kolam kanak2


ibu memerhati dari jauh ja



Kemudahan yang ada di Century Helang Hotel :

Kemudahan hotel:

  • Dewan makan (buffet for breakfast)
  • mini market dekat lobi
  • Wifi (di setiap tingkat)
  • kolam renang (kanak-kanak)  kolam renang luar
  • bar tepi kolam
  • parking
  • kedai kopi  
  • kedai runcit
  • kemudahan bagi tetamu kurang upaya  
  • kemudahan mesyuarat  
  • khidmat teksi  
  • layanan bilik  
  • perkhidmatan dobi  
  • restoran  
  • simpanan bagasi surat khabar



Kelengkapan Bilik:

  • Televisyen (Siaran Vision 1)
  • Heater
  • Iron/iron Board (dalam bilik)
  • Almari baju / Hanger
  • bantal extra 2biji
  • selimut extra
  • Pendingin hawa
  • Telefon
  • Sejadah
  • Peti Ais
  • Coffee / Tea / Glass
  • ruang mandi dan tab berasingan
  • Alat mandian
  • Hair dryer
  • Tuala










28 Komentar untuk "Bercuti di Langkawi Part 1 ( Century Helang Hotel )"

bestnye hotel tu besor pun puashati
janji ada tub and pool yang awesome

saya dah banyak kali kena tipu pasal kereta sewa. Mintak lain tapi yang dapatnya lain. lepas ni boleh contact en asyraf untuk kereta sewa

Ingatkan ibu dukung baby.. rupanya ibu dukung ultraman... hehe

saya dulu pergi langkawi naik feri straight dari penang.. 3 jam atas feri.. turun mmg mabuk laut habis.. hahaha

Best mokcik pi bercuti..bila nak tunjuk Corelle hehehe

yup El..bila ada anak ni faktor utama yang diambil kira bila pilih hotel tu laa.."swimming Pool"

A'a..mujur kami haritu tak kena tipu..Alhamdulillah

a'a..otomen tu laa kena usung kesana kemari..kadang2 otomen..kadang2 spiderman..nasib laa kaann

owh..tak pernah lagi naik feri jauh2..hehehe

Corelle tunggu buah last..hehehehe

Ok.. hotel yang ohsem.. Boleh mark nie... Tapi bilalah agaknya nak ke langkawi.. Huhuhu.. Jalan udara seram.. jalan laut pun seram.. nape depa x buad bridge macam penang ye...

comel alysa berenang tu... kalau nk langkawi boleh follow akak nanti

Assalam murni,
waaaaaaaaaa
santek hotel ni

Salam..boleh tau x bising x duduk hotel ni sbb sebelah airport kan..sbb mcm best hotel ni

Waalaikumsalam..tak bising pon..takda bunyi ape2 pon..sebab bilik hotel kalis bunyi..lobi pon kalis bunyi dan ber air cond..ms kat swimming pool je ada bunyi tapi tak kuat pon..landasan jauh dari hotel ini..

waalaikumsalam kak sha..yang ni jer mampu..hehehe

Nampak menarik hotel niii..bilik tu lantai die tak da karpet ye..sejuk x?

tuan rumah, tumpang lalu, nak promote blog sendiri sikit boleh?

jom datang blog saya, saya kongsikan perbelanjaan percutian kami di Langkawi http://sangkancilmenaip.blogspot.my/2016/06/perbelanjaan-percutian-di-langkawi.html

ok jer..lagipon langkawi panas tak macam genting highland atau cameron highland..hihihi

Thank you for the info. Sbb nak pergi langkawi juga ni. 😀
www.drshimamatsaad.com

Assalamualaikum...

'JOM KE SABAH'...

Kami menyediakan kereta sewa pandu pelbagai jenis utk percutian anda di Sabah

Myvi Rm120 sehari
Saga RM120
Alza Rm150
Exora RM160
Avanza RM170
Innova Rm200
Urvan Rm250

Hubungi Raziman
0129600702 Whatsapp/call

Kami juga menyediakan pemandu sekiranya diperlukan... caj pemandu RM150 12 Jam

Homestay bajet area Kota Kinabalu RM100 sehari

century helang hotel.. menariknye best bilik pun besar tu kan

Coretan Popular Ku : )

 
Copyright © 2014 Coretan Murni Alysa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info | Edit By MH