S Pink Premium Pointer

Resipi Ngor Hiang (HALAL)

Assalamualaikum..


Harini Murni nak share satu resepi masakan cina, dijamin halal. Isi ayam dan beberapa lagi bahan yang lain dibalut dengan kulit fucuk dan digoreng. Siapa yang pernah makan, tahu betapa sedap rasanya makanan ini.



 

Resepi Ngor Hiang (Halal punya)

Bahan-Bahan:
3 bungkus kulit fucuk (dilipat tiga dan potong dpt 12 keping, lapkan kulit fucuk dgn kain utk buang kotoran melekat)
1kg isi ayam didadu kecil
1kg isi ikan didadu kecil
1 mangkuk bawang besar dicincang halus
1 labu bawang putih dicincang halus
1 mangkuk carrot hiris halus
1 mangkuk sengkuang hiris halus
1 mangkuk cendawan shiitake hiris halus
1 mangkuk daun bawang hiris halus
2 biji telur
Sedikit tepung beras utk dicampurkan supaya bahan x basah sgt...
1 sudu besar 5 rempah campuran (5 spices)
2 sudu besar minyak bijan
5 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cuka putih
5 sudu besar sos kicap cair
1 sudu besar serbuk pati ayam


Cara-Cara:
Sedikit gula, lada sulah dan garam secukup rasa. Gaulkan semua bahan mentah terlebih dahulu baru last masukkan telur dan tepung. Bila bahan mentah x basah sgt biarkan perap selama 1 jam baru start balut.

1 keping fucuk masukkan 2 sudu besar dan balut mcm buat popia. Tepi kulit sapukan air tepung utk.melekatkannya..
Minyak yg cukup dan panas utk mengoreng. Goreng dgn api sederhana bila minyak dah panaskan.

Selamat mencuba!! 


5 Komentar untuk "Resipi Ngor Hiang (HALAL)"

Coretan Popular Ku : )

 
Copyright © 2014 Coretan Murni Alysa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info | Edit By MH