Pusat Sains Negara Cawangan Utara di Kedah BEST!!!

5:49 PM


Assalamualaikum..


2 minggu lepas Murni sekeluarga ke Alor Setar, Kedah untuk melihat Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA di Muzium Negeri Kedah. Lepas balik dari Pameran tu Murni rasa masih terlalu awal kalau nak bertolak balik ke Penang. Jadi kami ambik peluang untuk berjalan2 di sekitar Aor Setar. Kebetulan ada sorang rakan blogger suggest Murni bawa anak2 ke Pusat Sains Negara yang terletak berhampiran dengan Gunung Keriang belakang Muzium Padi nun.. Lepas waze maka jumpe laa..senang jaa nak cari..hehehe







Masa Kami sampai tu dah pukul 3ptg dan pengunjung pon tak berapa ramai dah. Untuk masuk ke dalam PSN ni haritu tak dikenakan sebarang bayaran tapi kena tulis nama dekat kaunter pengawal terletak di lobi luar. PSN ni beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 5 ptg sahaja setiap hari. TUTUP hari Jumaat.. Menurut pengawal keselamatan disitu PSN ni sudah lama beroperasi iaitu pada Mac 2010.











Untuk ke dewan pameran kita kena naik tangga ke tingkat atas.  Melangkah masuk ke dewan pameran Kami sekeluarga btul2 teruja. Tempatnya sangat besar dan banyak betul benda yang dipamerkan. bermacam2 jenis dan bentuk. Semuanya berasaskan sains dan teknologi. Rasanya ada lebih kurang 150 benda yang dipamerkan. kalau nak terokai betul2 setiap satu mesti makan masa seharian baru cukup. jadi kami skip2 yang mana sempat jer..Dan kat bawah ni adalah pic yang sempat Murni ambik.














































































Ini bahagian paling belakang ada satu ruang khas untuk kanak2 iaitu Kids pavillion.Kebetulan masa Murni pergi tu takde sesiapa jadi Alysa dan Danish berpeluang conquer seluruh kawasan itu. Tempat ni sangat sesuai utk ibubapa yang ada anak2 kecik berumur 1-3 tahun untuk bermain. sementara anak2 yang besar dan bersekolah boleh bermain di tempat pameran tadi. Tapi satu kelemahan tempat ini adalah tandas ada ditingkat bawah dan jauh sedikit dari dewan pameran. Jadi untuk ke tandas kena turun tangga. Makyong yang sarat ni siksa gak laa nak naik turun tangga utk temankan Alysa & Danish ke toilet.

























Sedar tak sedar sudah lebih 2 jam kami kat situ. Murni pon tak sedar cuma yang Murni sedar masa tengah syok ambik gambar Alysa panjat2 tu tiba2 pic akhir tu gelap. Rupanya lampu dah padam dan dewan ni nak tutup dah. Rasa macam tak puas lagi. Banyak lagi benda blom sempat tengok. InshaAllah kalau kami ke Alor Setar lagi kami nak pergi lagi. memang berbaloi2. tempat ini sangat sesuai untu sekeluarga. Sambil berhibur sambil belajar..


Pakai Jubah sebab baru balik dari Pameran Artifak Rasul

Kalau2 kawan2 nak p Pusat Sains Negara Cawangan Utara ni kat bawah ada peta..Memang best tempat ni..








Artikel Menarik Yang Lain

6 ulasan

  1. bkn budak2 je suka,org besar pun suka je lagi tempat mcm ni :D

    ReplyDelete
  2. bestnya.. tak silap unni last pi pusat sains g ni time darjah enam tahun 2003..

    ReplyDelete
  3. besar jugak tempat ni..ha boleh la pi sana kut2 tersesat ke alor star

    ReplyDelete
  4. pernah datang sini 5 ke 6 tahun dulu. memang best. dah makin cantik dan makin banyak exhibit nampaknya.. Bagus

    ReplyDelete
  5. nti aqil dh besar ckit boleh bw p ni...mcm best je

    ReplyDelete
  6. tak pernah pergi lagi... kalau ada peluang nanti nak pergi la hihihihihi

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang