Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA di Muzium Negeri Kedah

11:56 AM

Assalamualaikum..

Minggu lepas Murni sekeluarga ke Alor Setar, Kedah untuk melihat sendiri artifak2 tinggalan Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA di Pameran Pendidikan Tamadun Islam Mendahului Zaman di Muzium Negeri Kedah. Sebanyak 27 artifak asli yang dipamerkan di pameran itu. Semuanya dibawa dari pelusuk dunia dan dibawa masuk ke Malaysia untuk tontonan kita semua. Murni rasa sangat bertuah dapat menyaksikan dengan mata sendiri artifak2 ini. Selawat Dan Salam keatas Junjungan Nabi kita Nabi Muhammad SAW.






Pameran ini bermula pada 20 Mac dan akan berakhir 19 April 2017. Terima kasih kepada Kerajaan Kerajaan Negeri Kedah dan Lembaga Muzium Negeri Kedah kerana mengizinkan dan menganjurkan pameran yang hebat ini. Rakyat jelata dari dalam dan luar negeri berpusu2 datang untuk menyaksikan sendiri Artifak Asli peninggalan Rasululluah SAW dan Para Sahabat RA. Subhanallah. Untuk pengetahuan semua Pameran ini telah dirasmikan sendiri oleh  AB Dato' Seri Diraja Ahmad Bashah Bin Md Hanipah pada Isnin lepas 27hb March, 2017 di Muzium Negeri Kedah. 








ARTIFAK ASLI DI PAMERAN ARTIFAK RASULULLAH S.A.W

Sebanyak 27 artifak asli telah dipamerkan termasuk rambut Rasulullah S.A.W, penutup makam Rasulullah S.A.W, tapak kaki Rasulullah S.A.W, tanah makam Rasulullah S.A.W, cop mohor Rasulullah S.A.W, serban Rasulullah S.A.W, tongkat Rasulullah S.A.W, busur dan anak panah Rasulullah S.A.W dan pedang-pedang Sahabat Khalid Ibni Al Walid, Umar Al Aas, Saidina Hamzah dan Mu’adz bin Jabal.

Tapak Kaki Rasulullah SAW


Capal Rasulullah SAW


Serban Rasulullah SAW


Tongkat Rasulullah SAW


Kunci Makam Rasulullah SAW


Pasir Makam Rasulullah SAW


Kain Penutup Makam Rasulullah SAW


Darah Bekam Rasulullah SAW


Rambut Rasulullah SAW


Janggut Rasulullah SAW


Panah dan Busur Rasulullah SAW


Chop Mohor Rasulullah SAW


Kunci Makam Saidatina Khadijah RA


Kunci Kaabah Othmaniah


Al-Quran Bertatahkan Emas


Ayat Tulisan Tangan


Batu Bersurat


Peralatan Penulisan dan Bahan


Poslin China


Tulisan Terkecil (surah Al-Ikhlas) pada sebiji beras


Peralatan Pembedahan


Jam Matahari


Astrononomi Zodiak



Pedang-pedang Sahabat Khalid Ibni Al Walid, Umar Al Aas, Saidina Hamzah dan Mu’adz bin Jabal.









Baju Besi


Kiswah (kain penutup Kaabah)




HARGA TIKET

Dapatkan tiket secara online di:  
  
* Dewasa – RM20.00 seorang
* Pelajar – RM10.00 seorang
* Warga Emas – RM10.00 seorang
* OKU – RM10.00 seorang 
* Kanak-kanak 6 tahun keatas - RM10.00 seorang
(Bawah 6 tahun masuk percuma)

  Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam

 Untuk keterangan lebih lanjut boleh layari link ini:



Lawatan dari sekolah2 sekitar utara









Cabutan Bertuah!!!

Setiap 1,000 - Sehelai T-shirt
Setiap 10,000 Sehelai T-shirt dan Al-Quran Digital
Setiap 100,000 - Sehelai T-shirt, Al-Quran Digital dan Pakej Umrah untuk seorang.

Antara pengunjung yang bertuah. 










BOOTH JUALAN DI PAMERAN ARTIFAK RASULULLAH S.A.W

Selain pameran artifak, di luar perkarangan Muzium Negeri, Kedah terdapat juga booth-booth jualan serta aktiviti-aktiviti menarik khusus untuk pengunjung. Antara booth yang patut dikunjungi ialah booth Ottoman Archery. Anda boleh mencuba aktiviti memanah dan jika bernasib baik dapat tiket percuma jika panahan tepat.







Jom tonton 2 Video Pameran Artifak Rasulullah SAW.

Video dari Pameran Artifak

Video Footage Murni sekeluarga di Pameran Artifak



Artikel Menarik Yang Lain

3 ulasan

  1. menarik kan... boleh bwk anak-anak untuk kenal dan tahu tentang Rasulullah SAW dan sahabat sahabat baginda...

    ReplyDelete
  2. sangat bertuah kalau dapat pergi pameran macam ni

    ReplyDelete
  3. rasa btuah sgt dpt lihat sendiri artifak ni dgn lebih dkt

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang