S Pink Premium Pointer

Hukum Share Gambar Scan Baby Dalam Perut

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Alhamdulillah Murni sihat dan kandungan pon dah masuk 16 weeks bersamaan 4 bulan la kekdahnyer..hehehe. Murni ni punya tabiat buruk bila ada ape2 yg seronok2 Murni suka share dalam FB. Niat Murni nak jadikan kenangan sebab FB loni kan akan tunjuk balik kat kita 'on this day' ape2 yang kita upload pada tahun2 lepas. Kira macam lontar belakang laa...






Tapi dalam seronok2 duk berchit-chat dgn kwn2 fb pasal ultrasound, pasal baby & pasal supplement tiba2 ada laa sorang hamba Allah ni memberi komen yang katanya gambar ultrasound baby dalam rahim adalah haram. katanya rahim tu aurat. Tapi komen dia yang mengatakan HARAM tu dia dah delete. Katanya "betul dik, HARAM..boleh Google". Bila Murni google tak jumpa pon yang kata HARAM..haruss ada laa...Wallahualam.








ADAKAH FOTO ULTRASOUND RAHIM ITU AURAT? 


SOALAN:

1. Soalan: 

Salam. Selalunya wanita yang mengandung akan scan perut mereka untuk tengok keadaan bayi dikandung. Apakah hukum share gambar scan perut tersebut di media sosial? Jika Allah menyuruh kita menutup aurat hatta bahagian kulit,inikan pula bila kita menyebarkan apa yang berada disebalik kulit kita terutamanya bahagian yang menjadi aurat. 

Jazakumullah Dr. 


JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Kami berpendapat hal demikian tidak elok dilakukan kerana bertentangan dengan asal maksud janin itu sendiri. Janin itu berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud ‘perkara yang tersembunyi.’ Justeru, tidak patut ditunjuk-tunjuk kepada orang melainkan ada keperluan seperti urusan perubatan dan pengajaran. Dikhuatiri akan mengundang fitnah seperti aib dan sangkaan-sangkaan manusia. Walaubagaimanapun, gambar foto bukanlah seperti aurat fizikal yang haram dilihat secara langsung, melainkan membawa kepada syahwat dan fitnah. Begitu juga organ dalaman manusia seperti hati, jantung dan rahim bukanlah dalam kategori aurat kerana demikian bukanlah makna perhiasan berdasarkan penjelasan Rasulullah SAW dan para sahabat.

Wallahua’lam.


Sumber : Pejabat Mufti Wilayah
----------------

-----------------------------------------------------------------------------------

2. Soalan : Apa hukum isteri upload gambar perut isteri yang ada janin dalam Facebook untuk tatapan umum? Bukankah ia termasuk aurat?

Jawapan: (Ustaz Azhar Idrus)

Jawabnya.. jika kelihatan aurat, maka hukumnya HARAM. Kalau tidak kelihatan aurat, TIDAK HARAM. Kalau black and white sahaja (gambar), hitam atau putih saja, nampak macam bentuk budak lepastu gelap. Haaaa yang tu BUKAN AURAT. Tapi kalau nampak bentuk aurat (perut si isteri), hukumnya haram.







-----------------------------------------------------------------------------------


3. Soalan: Ustaz, boleh ke tunjuk gambar scan bayi pada orang ramai?

Jawapan: (Ustazdin Al-Haj)

Tunjuk gambar scan bayi kepada yang bukan muhrim adalah HARUS. Tetapi jatuh HARAM jika yang ditengok itu perut atau susuk tubuh si ibu yang hamil.

Wallahualam~

Moga memperoleh ilmu yang bermanfaat dan sebar-sebarkan la ye. Mungkin ada yang tak tahu. Wassalam :)
6 Komentar untuk "Hukum Share Gambar Scan Baby Dalam Perut"

PC suka tengok gambar scan baby dalam rahim..cute..salah satu kekuasaan Allah..buat diri sedar Allah itu berkuasa atas segalanya... :)

tulah pelik juga bila dikata haram...memangla haram kalau tunjuk perut maknya yang kandung baby..dah tentu aurat wanita mesti dipelihara...tq for info2 jawapan...

sbb ape "DIA tu " ckp haram sbb dia bc tajuk je org dok viral .. dia tak bc bagi abis dan dgr ceramah tu pun ... biasa mmg ada jenis mcm tu bc tajuk je isi dlm tak baca hahahah

nina pun ada share pasal ni.. hehe. harap apa2 sebelum viral dengar dulu ustaz cakap tp ada ja yang berlbih2 tunjuk baby dia dlm media sosial

Berat nanang jatuh hukum melampau2 pulak

ustazah fb tu memandai jer kata..

Coretan Popular Ku : )

 
Copyright © 2014 Coretan Murni Alysa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info | Edit By MH