S Pink Premium Pointer

First Check-up Mengandung Anak Ke-3


Assalamulaikum..


Alahai becinta betul nak menulis di blog ni sejak2 mengandung ni. Kali ni Allah bagi merasa Morning Sickness. Tapi Alhamdulillah tak teruk cuma pagi2 tu bila bagun tido mesti uwerkk uwerrrk dan kepala pening berpusing2. Adoi mungkin faktor usia. Sebab masa ngandungkan Alysa & Danish dulu Murni ok jer takde alah langsung..Kali ni dapat laa merasa ape itu Morning Sickness..Boleh tahan gak penangannyer..Tapi Alhamdulillah masih boleh makan dan minum macam biasa..






Oleh kerana Murni bekerja di Hospital Lam Wah Ee, Penang ni buat permulaan Murni check-up jer dulu kat sini. Nanti dah 2@3bulan baru nak pergi Klinik Kesihatan nak juga buat buku pink macam Alysa & Danish dulu. Di Hospital Lam Wah Ee ni masa check up dengan MO dia refer Murni ke Gyne Dr Tee Yi Torng. Doctor ni masih baru dekat sini. Kalau doctor pakar yang pemes kat Lam Wah Ee Hosptl ni ialah Dr Quah & Dr Shankar..Tapi kalau refer kat dia mau tau laa..Patient dia sangat ramai..Mau tunggu lama laa hoii..hehehe








Tapi lain pulak check up kat sini. Mula2 clinic nurse suruh ambik sample urine dan timbang berat (54kg) naik dah sekilo hoii. Lepas tu doktor scan perut. Alhamdulillah dah nampak kantung baby. Tapi heartbeat masih belum ada. Selalunya 6 minggu dah ada heartbeat. Tapi doctor cakap ibu jangan risau minggu depan datang scan lagi. Kalau ikut LPM masa tu dah 7w3d.. tapi kalau ikut scan baru 5w6d. Harap2 segalanya dipermudahkan.. Aamiiin!






Macam biasa diawal2 mengandung ni Doctor akan bekalkan ibu dengan acid folic. Sebenarnya Murni dah consume B-complex dari Shaklee sejak sebelum pregnant lagi iaitu semasa Murni nak naikkan berat badan dulu dan juga masa kena migrain yang teruk baru2 ni. Kalini Murni kena makan  B-Complex untuk pregnancy pulak.. Alhamdulillah banyak sungguh kebaikan B-Complex ni.  



B-Complex



InshaAllah next entry Murni akan share ape kebaikan B-complex ni untuk ibu mengandung. semoga diberi kekuatan..dan semoga minggu depan kelihatan laa heartbeat baby..Doakan yang baik2 sahaja untuk Murni ya..Thanks..

7 Komentar untuk "First Check-up Mengandung Anak Ke-3"

Baguslah makan b-complex tu.. boleh hilangkan morning sickness dan jaga kesihatan

tahniah murni. semoga dipermudahkan...

tahniah murni.
moga murni sihat ye selama journey pregnen kali ni.
aida dulu aa skit skit mendpt morning sickness ni time nurin & syuhada.
bila time ijat, sgt la merana kerana morning sickness :(
sampai opis je, melepek! nak ckp pun tak bleh, mabuk :(

seronok budak2 tu nak ada baby baru :)

Coretan Popular Ku : )

 
Copyright © 2014 Coretan Murni Alysa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info | Edit By MH