S Pink Premium Pointer

Alysa Nampak 'Orang Hitam' Melintas dalam Rumah

Assalamualaikum...



Sebenarnya Murni tak berani nak cerita kat sini..Tapi rasa macam nak berkongsi cerita dan pengalaman Murni sekeluarga. Ceritanya agak misteri. Kalau sesiapa yg ada lemah semangat diminta cpt2 tekan butang next entry ya..hehehe



Pagi semalam, Murni awal2 pagi dah pergi kerja (shift masuk pukul 7.30pg). Dalam pukul 7 lebih dah sampai tempat kerja. Tiba2 encik suami telefon. Katanya masa dia tengah siap2 kan alysa untuk hantar ke Taska..dia duk ralik sikat rambut Alysa. Tiba2 Alysa cakap "Abah, ada orang hitam lalu"..Terus dia tarik tangan abah dia pergi cari dekat bilik air lepas tu ke bilik gosok baju..Abah dia dah cuak masa tu..Abah dia tanya "Alysa nampak kucing kot" (nak sedapkan hati padahal Tiqa dlm sangkar)..."Tak!!! Alysa nampak orang hitam..badan hitam kaki pon hitam"...Begitulah cerita suami..



'Orang Hitam"



Balik kerja kami pergi ambik Alysa..Kami pon tanya laa ape dia nampak pagi tadi..Dia kata dia nampak orang hitam jalan lurus jer macam melayang..orang tu lalu dari bilik air (tengah rumah kami ada bilik air) pastu masuk bilik gosok baju.. dalam bilik gosok baju tu ada laa baju yang Murni gantung2..Encik suami bagitau berani betul Alysa pergi selak baju2 tu..melilau Alysa cari orang hitam tu tapi takde. Encik suami yang ketakutan saje memberanikan diri pastu cakap takpe Alysa abah kan Captain America nanti abah siasat (padahal dia dah kecut perut).


Lukisan Alysa (umur 6Tahun baru)

Balik rumah dia terus ambik pensil dan lukis. Dan berdasarkan gambar tu memang Murni yakin Alysa tak tipu. Cara lukisan dia tu sama macam cara dia cerita. Tapi dia kata benda tu sesat cari buku tak jumpa. Murni tanya orang tu kanak2 ke? Dia kata dewasa macam abah..Ada rambut tak?? dia kata takda kepala botak mata dan telinga takda..Ada bulu x?? dia kata takde..Orang itam tu tengok Alysa ke?? Dia kata tak..dia jalan lurus jer tapi tak melangkah pon...Adoiii...

Murni tanya Alysa rasa takut tak?? Dia kata takut sikit jer..takpe ibu jangan risau..huhuhuh..Lepas tu kami dah tak berani nak tanya dah..Loni kami laki bini kena selalu laa pantau Alysa. Pastu nak kena pagar rumah ni..InshaAllah akan cari ustaz buat masa terdekat ni.

Kawan2 doakan kami sekeluarga ya!!!!
13 Komentar untuk "Alysa Nampak 'Orang Hitam' Melintas dalam Rumah"

Cepat2 panggil ustaz akak.. takut dia kacau lagi.. haishh mcm berjangkit pulak kan kita.. hari tu rumah farah kena gangguan..huhuhu

Huishhhh meremang baca kak. Macam conversation dalam movie-movie seram bila budak2 bagitau mak bapak dia yang dia nampak something ni. Semoga akak sekeluarga dilindungi...

Uishh macam tengok cerita seram ni kak. Siqah seram pulak baca. Huhu. Akak cari ustaz nanti ye tolong tengokkan rumah. Moga akak dan keluarga sentiasa dilindungi Allah..

cctv tala kearah tiqa tiqi..tp kami hanya on masa keluar rumah jer..kalau ada dlm rumah kami of ip camera tu..

inshaAllah..tapi buat masa loni Alysa ok jer..hari mula2 jer dia macam takut sikit

terima kasih dik..inshaAllah kami akan ikhtiar

kalau laa dia muncul kat cctv mau pengsan apa tengok rupanya.. huhuhu..

Seram bnyi cerita ni Hahahahaha nasib baik siang hari baca

Elok pagar rumah kak.. Mungkin dia tersesat kot.. tumpang lalu..
Tapi apa pun elok pagar..

Adoi...ni klau sorang2 ja kt rumah mau seram ni

Coretan Popular Ku : )

 
Copyright © 2014 Coretan Murni Alysa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info | Edit By MH