S Pink Premium Pointer

Cameron Highlands | Short Vacation August 2016 | Day2 - Big Red Strawberry Farm


Assalamualaikum..

Macam tak caya dalam satu hari kami boleh terjah 3 tempat dekat Cameron Higland ni. Pagi2 lps breakfast dah ke BEE Farm dan lepas tu ke Ladang & Kilang BOH Ringlet. Dalam duk peluh2 penat mendaki dekat ladang teh sebelum balik ke hotel sempat lg singgah di Big Red Strawberry Farm, Brinchang. Lagipon dah nak masuk waktu lunch boleh singgah makan dan minum kat situ sebelum balik hotel. 









Faktor utama nak kesini adalah untuk nak Lontar Belakang memori lebih kurang 5 tahun lepas. Alahai menggamit kenangan sungguh. Dulu Murni takde Blog dan mujur juga boh picture tu dalam FB. Dan Murni nak gak tempek kat sini harini. Tapi yg boleh tempek picture Alysa & abahnye sahaja..picture ibu ceksi sket & free hair (zaman muda2 kataakan). Alahai rindu masa Alysa kecik ni...huhuhu


Lontar Belakang Mac 2011


Alysa memang anak abah dari tecik lagi..hehehe


Sekarang.......Alysa dah 6tahun..Tahun depan dah darjah satu...








Ok laa takmo emo2 sangat. Kami terus ke Big Red Cafe untuk order makanan. Manusia kemain ramai lagi. Pastu nak jadi cerita kat sini ada banyak permainan kotak2 tikam2 tu. Danish & Alysa sampai2 terus terkam nak tikam mainan bola2 tu. Dan token pulak dah habis masa kami nak tukar duit dengan token.Ape lagi merengek laa deme berdua tu... 











Adoilaa...makan pon deme tak mau..tengok muka Danish tengah duk buat perangai..eee gerammm








Lepas makan ape lagi ronda2 sambil ambik gambar. Entry ni penuh ngn gambar jer sebab takde ape nak cerita. Nak petik strawberry pon diorang tak buka kebun strawberry untuk petik..buah memang banyak dan satu kawasan tu harum semerbak dengan bau strawberry..Memula abang ajak amik gambar kat pokok ijau ni. Murni tak tau nama pokok ni tapi memang sehijau mata memandang...





Danish masih badmood






Bercinta sat


Dotter & abah


Tak cukup korum (Danish takmau bergambar)





Dah bosan dekat pokok ijau tu kita cari tempat bunga2 pulak...hehehehe




















Amboi abah Alysa..asyik wefie dgn Alysa jer..hehehe








Tak cukup korum lagi..Danish masih merajuk


Dah habis posing dekat kebun bunga turun bawah jumpe plok cactus pula..comey2 belaka..


 






























Tengah2 ralik berposing tiba2 Danish datang seronok..duk jerit ibu, kakak ada pokok jarum duri..Mood dah kembali OK..hahaha





ok, dah boleh ambik gambar Danish :)

Satu family enjoy ambik gambar kat sini..



















Akhirnya, kami dapat juga ambik gambar Family..Dah cukup 4 orang..hehehe


MY FAMILY


Dah cukup korum 4 orang


Sekarang kami ke bahagian nursery pulak..kat sini bileh nak beli pokok2 bunga ni..harga pon murah2 jer..semua cantik2











Laa jumpe lagi sunflower kat sini..tapi sunflower kat sini tak sama dengan yang dekat bee farm tu. Dekat bee farm sunflower dia yg boleh amik biji kuaci tu. Kat sini untuk hiasan jer kot..tapi dua2 sama cantik..













 



















Ok kami dah nak balik..penat dah hoi dalam satu hari 3 tempat kami terjah..nak balik hotel sebab ada budak duk minta nak mandi kolam. Sejuk2 ni tak tau laa boleh mandi ke tak..hahaha. Dan kalau kawan2 mai ke Cameron Highland mesti singgah sini tau...ok bye!!!





6 Komentar untuk "Cameron Highlands | Short Vacation August 2016 | Day2 - Big Red Strawberry Farm"

comel muka ALysa masa kecik2 kena buli makan strawberry.. hahaha

cantiknya bunga2 tu....emmm...sheben kita x suka tmpt2 mcm ni.boring katanya...nyampah...xleh nk romentik2...hahahaha

pokok kaktusssssssssssssssss kita minat la kalau dapat sepokok best ni

Coretan Popular Ku : )

 
Copyright © 2014 Coretan Murni Alysa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info | Edit By MH