S Pink Premium Pointer

Resepi Biskut Semperit Mudah, Sedap dan Cantik





Bahan2:

300 (1 1/2 cawan) gram butter

120 gram gula aising

2 kuning telur

1 sudu kecil esen vanilla

200 gram (1 1/2 cawan) tepung kastard

100 gram (3/4 cawan) tepung jagung

240 gram (2 cawan) tepung gandum

white coklat untuk hiasan 

pewarna hijau dan merah



Cara-cara:

1. Pukul butter dan gula aising hingga kembang dengan mixer atau whisk. Tak perlu pukul terlalu lama kerana takut biskut semperit menjadi kembang.

2. Tambahkan kuning, telur, esen vanilla. Pukul hingga sebati dengan menggunakan mixer.

3. Tambahkan tepung kastard sedikit demi sedikit. Campur dengan menggunakan spatula hingga sebati.

4. Tambahkan tepung jagung sedikit demi sedikit lalu campur hingga sebati.

5. Terakhir, tambahkan tepung gandum dan campur hingga sebati dan menjadi doh yang lembut

6. Rehatkan doh selama 10 minit, masukkan dalam peti ais untuk rehatkan doh. 

7. Bahagikan kepada 1/3 bahagian. 1 bahagian diwarnakan hijau, 2 bahagian diwarnakan merah.

8. Masukkan doh hijau ke dalam acuan terap bunga dahlia pecah 8 dan terap nipis.

9. Masukkan doh merah ke acuan semperit pecah 15 dan terap atas yg bewarna hijau.

10. Hiaskan dengan white coklat chip.

11. Bakar dengan suhu 150 darjah celcius selama 20 menit lalu angkat dan sejukkan di atas cooling rack. 

11. Apabila sejuk sepenuhnya, masukkan biskut semperit ke dalam bekas kedap udara.


Selamat Mencuba!!!















8 Komentar untuk "Resepi Biskut Semperit Mudah, Sedap dan Cantik"

amboi.. merahnya mak ngah.. haha

cantik kejadiannya.. jijah buat tak jadi.mungkin acuan semperit lain kot

Cantiknyaaa...
Nnt nk p singgah la umah kak murni mkn kuih

macam kek pun hado.. tambah kaler maler sikit jadi baju anzalna.. hahaha

wow lawooo comey kueh2nya.. cayalah =)

Cantik sangat biskut semperit kak murni

Coretan Popular Ku : )

 
Copyright © 2014 Coretan Murni Alysa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info | Edit By MH