Food Review | Buffet Ramadhan 2016 di Sunway Hotel, Georgetown Penang

9:21 AM



Assalamualaikum...


Sempena Bulan Ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi..Pihak Sunway Hotel Georgetown Penang dengan berbesar hati  meraikan bulan yang Mulia ini dengan menyediakan juadah Buffet Ramadhan sepanjang bulan Ramadhan ni.. Sebenarnya, setiap tahun Sunway hotel ini ada menyediakan hidangan buffet ramadhan kepada pelangannya. Cuma tahun ini konsep yang ditampilkan adalah sangat menarik. Berkonsepkan suasana kampung iaitu berkonsepkan "Mak Tok" dan pastinya setiap juadah yang disediakan akan mengamit nostalgia masakan nenek2 kita di kampung.. Best kan!!!!



Buffet Ramadhan Sunway Hotel, Penang



Untuk memenuhi konsep Mak Tok ini Pihak Sunway Hotel, Penang menampilkan beberapa orang chef yang berasal dari pelbagai negeri dengan kepakaran masing2 berbeza. Jadi juadah yang disediakan pastinya mempunyai keunikan yang tersendiri. 


Kambing Panggang

Sos untuk Kambing Panggang



Di Sunway Hotel, Georgetown ni signature dish yang disediakan oleh team Sous Chef Wee dan Chef Huzaimi adalah Nasi Daging, Rendang Udang Harimau Berkerisik, Ayam Panggang Percik Bermadu dan Kek Keju Berpulut Hitam. 


Signature Dish

Nasi Daging




Rendang udang harimau Berkrisik




Ayam Panggang bermadu



Bukan itu sahaja, malah anda juga boleh menikmati pelbagai hidangan yang lain seperti Sambal Daging Sewangi Serai, Kambing Panggang, Sambal Udang Petai, Roti Canai, Satays dan pelbagai pastry seperti kek, puding dan cendol yang semestinya memenuhi selera melayu kita..hihihi


Lauk Pauk untuk Nasi Putih




Sambal Daging Sewangi Serai




Gulai Ikan Merah Bendi Muda Cabai Hijau




Sotong Sumbat Telur Masin




Aneka Sayur dan Kerabu


Sayur Lemak Pucuk Paku dengan Labu Manis




Kerabu Pucuk paku Lautan Terbentang




Kerabu daun Selom dengan Kerang




Bahagian ulam-ulaman dan Sambal / Air Asam



Ulam ulaman




Sambal- Belacan, Budu, cencaluk, Air Asam



Bahagian Pencuci Mulut dan Jeruk


Kek Keju Berpulut Hitam (Mesti Cuba)




Cendol Pulut Pisang





Pisang Tanduk Bakar Nyiur Muda Bergula Merah





Kuih-muih Tradisional




Jeruk Salak, Cermai dan Mangga


Terima kasih kepada pihak pengurusan Sunway Hotel, Georgetown Penang sudi menjemput kami untuk memeriahkan lagi Majlis Preview Buffet Ramadhan Menu "Mak Tok".  






Wakil dari Team Projek Blogger Utara


Buffet Ramadhan Sunway Hotel Georgetown. Bertemakan 'Mak Tok'

Mulai 8hb Jun hingga 3hb Julai 2016. 6.30pm-10.00pm.

Harga :
RM58nett Dewasa
RM38nett Kanak-kanak dan warga emas.
RM50nett Early bird.

Untuk tempahan :
+604 229 9988
enquiry@sunwayhotels.com
 laman web:  www.sunwayhotels.com







Artikel Menarik Yang Lain

4 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang