ESCAPE Penang | Part 4 | Camping & BBQ | BASE CAMP

8:00 PM



Assalamualaikum...


Tak habis2 lagi dengan entry ESCAPE Penang ni. Tapi ini adalah pengalaman yang paling berharga sepanjang 34 tahun bernafas..Cewah2.. 13.02.2016 Umur Murni dah masuk 34 tahun dan anak pon dah 2 orang baru nak merasa BERKHEMAH dalam hutan. Terus terang Murni katakan inilah pengalaman pertama Murni berkhemah ni.. ini pon kalau tidak kerana jemputan dari ESCAPE Penang takkan kami sekeluarga merasa berkhemah seperti ini. Murni rasakan inilah hadiah BIRTHDAY yang sangat istimewa dalam hidup ini..Mari Murni kongsikan pengalaman Murni sekeluarga bermalam di dalam kemah di dalam hutan Base Camp ESCAPE Penang ini..



Base Camp ESCAPE Penang



Menu BBQ kami di ESCAPE Penang



Setelah seharian berhempas pulas di ESCAPE Adventure Play, Penang, dalam pukul 5.30ptg kami semua bersepakat untuk kembali ke Base Camp masing2. Sebelum itu kami semua berkumpul di Base Camp Reception yang terletak dibawah bukit tapak perkhemahan kami. Disitu kami semua diberi penerangan ringkas tentang keselamatan dan keadaan serta kedudukan khemah kami. Diingatkan kawasan khemah kami nanti ni tiada bekalan elektrik. Jadi di Base Camp Reception itu disediakan loker berkunci yang didalamnya ada port usb dan port elektrik untuk kita mengecas handphone dan power bank kita nanti. Jangan risau kerana locker tersebut boleh dikunci mengikut password yang kita tetapkan sendiri.



Base Camp Reception



Welcome to BASE CAMP!!!



Jalan ke Base Camp kami



yang biru tu khemah kami



 Plot kami D03



Ok dah sampai ke Plot kami. Pada malam itu kami diberi Plot D03 iaitu terdapat 2 khemah muat untuk 5 orang dewasa, yang biru tu besar dan muat untuk kami ber4. Kebetulan pulak Blogger Izzeyda yang datang untuk menumpang rehat bersama 2 orang anak bujangnya duduk di khemah kelabu yang kecik sikit dari khemah biru tu. Dan setelah dipujuk rayu oleh anak2nya terus dia sangkut tak jadi balik malam itu. Bila lagi kannn nak merasa tido dalam hutan kan..inilah masanya kannn??..hehehe




Over excited



depan khemah ada tempat BBQ dan Buaian



Di depan khemah ada ruang untuk lepak dan santai2. Ada sebuah buaian dan juga tempat ungun api jadi kalau nak berBBQ pon boleh bersama keluarga. Sebuah peti besi berkunci juga disediakan sekiranya kita ingin meninggalkan barang2 berharga didalamnya. Kebetulan petang itu hujan turun renyai2 pulak. Maka Alysa & Danish tak dapat laa nak bermain lama2 kat depan khemah kami tu. Tapi kalau cuaca elok mesti best kan bersantai2 atas buai sambil berborak2 dengan ahli keluarga @ teman2. Dan pada malamnya boleh buat BBQ atau nyalakan ungun api. Adoii apakan daya petang tu hujan maka kami duduk je rehat2 dalam khemah sementara menunggu waktu berBBQ nanti. kami semua terpaksa turun berBBQ dekat bawah sebelah Base Camp Reception kerana disitu ada khemah yang besar.


"Jom kita layan pemandangan sekitar tempat perkhemahan kami..."



Alysa main buai bersama Abg Izzat



mengintai jiran sebelah-menyebelah



jiran sebelah khemah



jiran belakang khemah



Toilet dan bilik mandi
Ok sekarang nak cerita pulak tentang toilet..hihihi dah namanya pon berkhemah dalam hutan jadi korang jangan expect laa nak ada bilik mandi yang ada bath tub gitu..hehehe. Tapi bilik mandi dan toilet yang ada dekat setiap plot masing2 adalah sangat selesa.(mujur tak kena mandi air perigi @sungai pon dah syukur). Bilik air dan toilet ini memang tak berpintu. Tapi ape nak risau kita2 jer tidor kat plot tu..dan dalam bilik air tu ada shower pipe, dan atas bumbung hanya diletakkan jaring2 dan atas jaring tu ada banyak daun2 kering. memang terasa sangat kelainannya (mana nak ada bilik air macam tu dah loni) hehehe. Dan yang paling rare bila malam nak 'membuang hajat' kami terpaksa membawa lampu gasoline tu dan sangkut kat dinding bilik air tu..Cahaya samar2 lampu gasoline tu memang fefeeling habiss...hahaha..tapi masa ni memang nak kena ada hero peneman laa. Klu tidak kutahan jer laa niat  sampai esok pagi..Takut woooo!!!



pandangan depan



pandangan dalam



kemas dan selesa



Tepat pukul 6 petang kami semua bersiap2 turun kebawah kerana ada aktiviti BBQ pulak. Memang diawal perancangan kami akan berBBQ diatas ditengah2 Base Camp tu ada disediakan tempat BBQ yang luas. Tapi oleh kerana hujan renyai2 maka keaadaan tak mengizinkan. Jadi tak merasa laa kami untuk berkumpul berBBQ di kelililing ungunan api yang besar (fefeling sejuk macam negara omputeh bercamping gitu) hahaha!!


Ready for BBQ



Danish duk Main Pelita



Sekali lagi kami semua bertuah kerana semua makanan dan peralatan untuk BBQ pada malam itu semuanya fully sponsor by ESCAPE Penang. Menu kami malam tu adalah Ayam, Jagung, Ubi Keledek Jepun, Sosej & Salad. Wallaweh memang sedap la. Sampai loni masih terasa kesedappan menu tersebut..dan sekiranya kawan2 ada bercadang untuk berBBQ macam kami ni boleh juga rasanya untuk request dari ESCAPE Penang nanti. Harganya nanti boleh runding dengan pihak ESCAPE sendiri ya..Sebab kami tidak diberitahu berapa harga pakej BBQ ni..maap la yer...




All is Ready



semuanya fresh



Ubi Keledek Jepun yang manis



Sosej



salad yang segar



sos untuk salad


Beruntung betul la team Projek Blogger Utara pada petang itu, dilayan macam VVIP laa pulak. Kenapa Murni kata begitu??? Korang tengok laa siapa yang bertungkus lumus menyalakan api untuk BBQ. ESCAPE Team sekali lagi memudahkan kerja kami iaitu menyediakan api untuk kami berBBQ nanti. Sungguh rajin dan peramah mereka ini. Mereka semua ini orang Filipina tapi fasih berbahasa English..jadi kami dapat la beramah mesra dengan diorang. Tapi kadang2 ada juga rasa macam ayam bercakap dengan itik juga. Ahh lantak laa janji deme ni ringan tulang nak tolong kami.. bukan ape sebab bukan senang nak nayalakan api sehingga menjadi bara. Tak percaya tengok gelagat depa..macam2 aksi macam2 gaya..Terima kasih ESCAPE Team..Sayam korangggg!



semua sudah berkumpul



Tengok Danish & Boboboy kemain kalut



kipas jangan tak kipas



bersantai2


wefie tak habis2


budak2 pakat hurung pelita



Nampak tak bukan main syok kami duk bersantai2 kat bawah khemah tu. Siap boleh berwefie lagi..hahaha. Dan yang paling seronok adalah anak2 team Projek Blogger Utara laa. Malam tu diorang yang punya laa. Alysa dan Danish sampai tak ingat nak makan dahh..asyik lari sana lari sini..Murni pon hairan mana datang tenaga budak 2 orang tu sebab dari pagi tadi tak tidur dan banyak bermain..tapi malam masih banyak lagi tenaga mereka untuk main. Atau mungkin Alysa & Danish terlampau excited kut. Almaklum ini adalah pengalaman pertama mereka juga bermain api dan berBBQ.



bertungkus lumus staf Escape menyalakan api


Ready untuk bakorrr


Alysa & Danish tak sabar dah tu


Alysa dan AbgKimie pon nak bakor ayam jugak





Abah Alysa mai menolong


Sekarang encik suami turun padang membantu Alysa dan Danish untuk bakar ayam.. Sebenarnya dia tak harap kat Alysa duk main api tu. Almaklum laa anak abah katakannn!!! 



Budak2 jer ramai


kipas jangan tak kibas



Abah Alysa tunjuk skill bakor



lambatnya nak masak...lapor ni



terbalik - balik


Bawah ni pulak team anak dara membakor..bakor ayam dengan penuh sopan-santun dan lemah lembut gitu..Perkenalkan blogger2 comey....



 Zarul Farhana dan kawannya


Zafirah dan  Nina



Kat bawah ni pulak team mak dara..tengok tu asap asap berkelun...hahaha...(tolong jangan kecam kami)



Cewah2..tu bukan bakor..kutip makanan yang dah masak..laporrr



Sambil kipas sambil selpiaq



Picture Sebelum


Inilah hasil kami bakor-membakor kami tadi. Jagung & ubi keledek Jepun tu memang dah siap rebus. Dan apabila dibakar memang lagi sedap dan manis. Sosej dan ayam pon sangat sedap. Salad pon sangat segar. Ape lagi pulun laa kami makan. Lepas2 makan dalam pukul 10 malam tu kami pon beransur pulang ke khemah masing2 kerana memang dah rasa tak larat. Mata dah mengantuk. Duk ingat nak landing ja...



Picture selepas (hasil BBQ kami)


nampak tak Alysa dan Danish..(macam seram pulak tengok pic ni)



 Dan malam itu kami tidur ditemani suara unggas dan kadang2 ada juga bunyi anjing liar bersahut sahutan.. memang terasa sangat kelainan.. Murni sangat2 syorkan kalau kawan2 yang sukakan cabaran boleh try pakej AdventurePlay and Base Camp Combo. Disini ada sedikit panduan untuk membeli tiket secara online.



HARGA TIKET ADVENTUREPLAY DAN BASE CAMP SECARA ONLINE



Jika anda tidak puas untuk bermain di ESCAPE Adventureplay, anda boleh membeli tiket Adventureplay & Base Camp Combo..






Di sini anda boleh memilih pakej 2 hari atau 3 hari.. Anda boleh bermain di ESCAPE Adventureplay dan bermalam sambil bercamping serta BBQ di Base Camp..









Untuk PAKEJ 2 HARI dan PAKEJ 3 HARI anda akan nampak seperti di bawah.. Boleh ja klik pada gambar untuk terus ke pakej yang ditawarkan..










Harga tiket untuk Pakej 2 Hari untuk seorang dewasa adalah antara RM186.50 - RM303.05 termasuk 6% GST.


Harga tiket untuk Pakej 3 Hari untuk seorang dewasa adalah antara RM331.50 - RM535.55 termasuk 6% GST.



Harga minimum anda akan terima jika tempah melebihi 3 bulan dari tarikh tempahan..



Untuk pengetahuan anda juga khemah ini boleh menempatkan maksimum antara 5-8 orang bagi setiap plot khemah..





ABOUT BASE CAMP 

BASE CAMP is the call to the wild. Visit ESCAPE Adventureplay and join in with camping in the jungle beneath the stars. Move out of your comfort zone and share the experience with your family or friends. Experience the night, BBQ cooking, and back-to-basics fun.

Please be aware that Base Camp is an outdoor activity where the participant will sleep in tents. Base Camp is in a fenced area of ESCAPE Adventureplay with 24-hour security and the walkways are illuminated. The Base Camp pitches do not have electricity but lockers with electrical sockets for charging mobile phones and other mobile devices are available at the reception.

Your ticket includes:

  • 2 day pass to ESCAPE Adventureplay 
  • Tents (2m x 2m and 2m x 2.2m) 
  • 1 Sleeping mat for every person in the group 
  • BBQ and grill area with seats and table 
  • Private shower and toilet facility (no hot water available) 
  • One mobile device charging locker per plot 
  • WIFI access 


What to bring:

  • Your own tent/s, if you prefer 
  • Basic bedding and pillow 
  • Inflatable or collapsible camp bed 
  • Air mattress 
  • Towels 
  • Toiletries: toothbrush, toothpaste, shampoo, soap, deodorant, etc. 
  • Battery operated torches or lanterns and spare batteries 
  • Insect repellent, sunscreen, facial tissues 
  • Mobile device chargers and cables 
  • Charging power packs for mobile devices, if you’re not going to use the locker for charging. 
  • Comfortable shoes 


What not to bring:

  • Valuables including jewelry 


Items available for purchase on site at the Grass Shopper Shop (9:00am – 6:00pm)

  • Insect repellant 
  • Bottled drinks 
  • Battery-operated fans 
  • USB Powerbanks 
  • Bed linen, towels etc. 
  • Toiletries 


ESCAPE ADVENTUREPLAY BASE CAMP CONDITIONS & RULES

The Park Rules of ESCAPE Adventureplay also apply to Base Camp.

BASE CAMP is the call to the wild. It is not a hotel or ‘glamping’.

Participants must be prepared for the challenges and discomfort of camping in a natural setting.

Do not damage the natural setting you are in. Do not pick live plants and limit water use when you are showering.

The allocation of plots is based on availability and it may not be the case that all plots will be together.

Do not hang clothing outside your tent.

Do not bring valuable items into Base Camp.

Fires are only allowed at the designated BBQ pits.

Be careful with matches and naked flames.

Smoking is prohibited inside the tents.

Base Camp participants may only enter ESCAPE Adventureplay between 9:00am – 6:00pm.

The Entry/Exit to Base Camp is open outside of these hours.

Be respectful of other Base Campers. Do not walk across other pitches and be quiet between 12:00pm and 7:00am.

Base Campers are liable for any damage caused, including but not limited to, tents and plants.


WAKTU URUSAN ESCAPE ADVENTUREPLAY


ESCAPE PENANG
 828 Jalan Teluk Bahang 
11050 Penang, Malaysia 
 Tel : +604 881 1106
 Fax : +604 881 3106
 Email : info@escape.my
 Website : escape.my 
FB: escape.my

Operating hours:
Selasa-Ahad (Isnin Tutup) 9pagi - 6petang 
Ticket counter closes at 4.30pm





Artikel Menarik Yang Lain

2 ulasan

  1. Rugiiiii rasa tak dapat join aritu sobsss

    ReplyDelete
  2. bab seram tu nasib tak dengar.. hehehe
    syok layan mimpi.

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang