S Pink Premium Pointer

Review // Kari Kepala Ikan Berasap di Restoran Mutiara Bonda Penang


Assalamulaikum semua...


Sedar tak sedar lebih kurang seminggu jer lagi cuti sekolah tahun 2015 akan berakhir. Dan dikesempatan yang ada ini masih ramai ibu bapa telah mengambil cuti panjang kerana cuti sekolah kali ini ada yang jatuh pada cuti Umum dan bersambung dengan cuti hujung Minggu. Dan jika ibu bapa ada plan nak bercuti ke Pulau Pinang atau sekarang sudah berada di Pulau Pinang, Murni nak rekomen satu tempat makan yang sangat2 best dan lain sedikit dari trademark Penang iaitu Nasi Kandar. Murni nak perkenalkan Restoran Mutiara Bonda yang menghidangkan pelbagai menu masakan panas dari masakan kampung sehingga laa masakan ala thai. Disamping hidangan Set ada juga hidangan ala carte..yang pastinya kawan2 semua akan puas hati..




Kari Kepala Ikan Mutiara Bonda


Restoran Mutiara Bonda



Pada minggu lepas kami Team Projek Blogger Utara telah melapangkan masa untuk berkumpul beramai2 dan menikmati keenakan Hidangan Istimewa Mutiara Bonda iaitu Hidangan Kari Kepala Ikan. Selain dari kari kepala ikan terdapat juga lauk-lauk sampingan yang sangat menyelerakan. Memang kami enjoy habis laa hari tu. Kebetulan pulak kami sampai selepas waktu lunch jadi customer pon dah beransur kurang. Jadi kami makan tanpa gangguan laa..hehehe. Kalau kami datang waktu Lunch Hour mungkin keadaan agak sesak sedikit. Dan mungkin kami agak malu nak 'kokak' habis-habisan lauk pauk yang menyelerakan itu..(malu2 kucing laa konon)hihihi.





Lauk-lauk Sampingan (kepala ikan mana???)



Siakap 3 Rasa



Ayam Kampung Goreng



Udang Masak Merah



Sotong Goreng Tepung



Telur Bistik



Kailan Ikan Masin



Kerabu Mangga



Ulam-ulaman


Perkenalkan Kari Kepala Ikan yang dihidangkan panas2 telah sampai. Waktu sampai tu memang kari kepala ikan ni tengah menggelegak dan berasap. Sebab itulah Murni gelarkan Kari Kepala Ikan Berasap tadi. Hehehehe. Baru laa lengkap set hidangan istimewa kami kami haritu. Kami memilih set yang paling famous amos iaitu Set No.3. Set hidangan untuk 9-10 orang semeja. Harga untuk set yang kami ambik ini RM310.00Murni rasa harga ini adalah ada sangat berpatutan untuk kami 10 orang makan. Servis pun cepat kerana Restoran Mutiara Bonda mempunyai 2 team memasak. Satu team masakan kampung dan satu team masakan Thai. Sejak dibuka 2010, Restoran Mutiara Bonda ini sentiasa dikunjungi oleh pelanggan.


Tarraaaa!!!!


v
v
v


Kari Kepala Ikan Panas-panas



Set Hidangan sudah Lengkap



Air Limau Asam Boi



Restoran Mutiara Bonda ada menerima tempahan untuk makan tengah hari, makan malam atau untuk apa-apa jua majlis. Restoran Mutiara Bonda ini juga menyediakan Servis Penghantaran. Tempahan secara online boleh dibuat melalui Restoran Mutiara Bonda Delivery Order.





Jemput makan semua!!!
 


Team Projek Blogger Utara



Jemput Makan



Thumbs Up!!



Alhamdulillah Licin..



Menu Istimewa Mutiara Bonda 



Kami Makan Set N0.3



Projek Blogger Utara bersama Owner Restoran Pn.Azam



Akhir sekali Murni dan semua Team Projek Blogger Utara ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengurus Restoran Mutiara Bonda, iaitu Kak Azam kerana sudi menjemput kami untuk merasai sendiri keenakan Kari kepala Ikan Resipi Bonda ini. Tak lupa juga kepada para staff restoran Mutiara Bonda kerana sudi melayani kami dengan begitu cepat dan mesra.. InshaAllah di lain hari kami akan berkunjung lagi untuk menikmati sekali lagi Hidangan Sejati Masakan Ibu ini.



Alamat Restoran MUTIARA BONDA

1797-G-09, Kompleks Autoworld,
Jalan Perusahaan, Juru Interchange,
13600 Perai,
Pulau Pinang
Tel: 04-502 5677





















8 Komentar untuk "Review // Kari Kepala Ikan Berasap di Restoran Mutiara Bonda Penang"

Kari kepala ikan berasap mmg terbaik
lagi terbaik team projek blogger utara yang menjamu selera
memang awesome!!!

makan memang xpandang kiri kanan.. hahaha
sedap sehingga licin pingan

Assalam murni,
aduuuiiilaaaaaa
kepala ikan itu lagi oohooiiiiii
ayam itu lagi oohooooiiii
sutun itu lagi ooohoooiiii
ok bye

Assalam uols,
ya betuuuuiiii
team Projek Blogger Utara memang terbaek

Berasap-asap sha yang menengoknya.. Wargh... lapar...

alamak tertengok pulak.. hehehe
sambung lain kali pulak.

Coretan Popular Ku : )

 
Copyright © 2014 Coretan Murni Alysa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info | Edit By MH