S Pink Premium Pointer

Cara Minum 3 Liter Air Sehari Bagi Yang Mengambil Supplemen dan Vitamin

Assalamualaikum..Apa khabar semua pembaca Coretan Murni Alysa? Murni doakan semoga semuanya dalam keadaan sihat wal-afiat selalu. Kalau tak sihat cepat2 jumpa doktor ya..


Alhamdulillah bulan ni dah masuk 9 bulan Murni mengamalkan supplemen dan vitamin dari Shaklee. Dan juga dah masuk bulan ke-5 Murni  menjual Supplemen dan Vitamin Shaklee ini. 


Disini Murni nak konsikan antara soalan yang paling kerap ditanya oleh pelanggan shaklee Murni adalah bagaimana untuk mendapatkan kesan yang terbaik selepas mengambil vitamin dan supplemen ini. Dan dengan mudah Murni menjawab "vitamin dan supplemen mestilah diambil bersama 3liter air kosong sehari", "barulah kita akan mendapat kesan yang positif dalam masa yang terdekat".


Dan kebanyakan pembeli yang bertanya itu akan terkejut kerana sebelum ini mereka tak pernah mengambil 3 liter air kosong dalam masa sehari. Dengan alasan mereka takut nanti perut akan menjadi buncit dan mesti akan kerap ke tandas untuk membuang air kecil. Dan ada juga akan menjadi risau bila air kencing mereka bertukar menjadi warna lebih terang setelah memakan vitamin dan suplemen Shaklee.


Jadi jom Murni terangkan semula betapa pentingnya air kepada tubuh badan kita.






Mengapa perlu minum air kosong secukupnya?



Mendapatkan kesan yang Optimum
  • Sebagai contoh anda ada mengambil supplement Vitamin C untuk kecantikan. Seperti yang kita maklum, Vitamin C dan adalah vitamin yang serap air. Jadi air kosong akan membantu badan kita menyerap kebaikan Vitamin C dengan lebih baik dan optimum. Baru laa segala khasiat Vitamin C tu akan tersebar secara sama rata ke seluruh badan kita dengan cepat.
  • Kalau tak minum air kosong, vitamin tu pun duduk setempat tu je dalam badan kita. Khasiat tak menyeluruh dan tak optimum la jadinya kan? Jadi kalau tak minum cukup air jangan marahkan Murni atau produk kalau kesannya tak sempurna macam orang lain..hihihi



Menyingkirkan toksin
  • Seperti yang kita maklum, dalam badan kita terlampau banyak tiksin yang berkumpul. Toksin yang terkumpul dalam badan boleh membahayakan kesihatan. Selalunya toksin yang terkumpul adalah dari pengambilan makanan yang tidak sihat ataupun tercemar. Belum lagi makanan yang mengandungi bahan pengawet atau pewarna tiruan.
  • Fungsi lain vitamin adalah untuk menyingkirkan toksin. Air yang banyak diperlukan untuk proses pengangkutan toksin-toksin ini keluar dari badan kita. Jadi air yang berada di dalam badan akan membantu membawa toksin itu keluar samada melalui perkumuhan ataupun berpeluh. 







Kadangkala tabiat yang salah adalah dengan cara meminum air dengan banyak pada satu-satu masa. Keadaan inilah yang menyebabkan anda berasa hendak ke tandas dengan kerap. Jadi kat bawah ni Murni try bagi jadual waktu untuk meminum air kosong dengan cara yang betul. Semoga dapat membantu anda semua termasuk saya. inshaAllah Aamiiin!



Waktu untuk minum air.

1. 250 ml ketika bangun untuk solat tahajud

2. 250 ml sebelum mandi untuk solat subuh

3. 250 ml sebelum bersarapan

4. 250 ml ketika minum di awal pagi

5. 250 ml setengah jam ketika hendak makan tengahari

6. 250 ml semasa makan tengahari

7. 250 ml sejam selepas makan tengahari

8. 250 ml semasa minum petang

9. 250 ml sebelum makan malam

10. 250 ml semasa makan malam

11. 250 ml selepas makan malam

12. 250 ml sebelum tidur



Kalau anda mungkin ada terminum lebih pada waktu tersebut. Jadi ia akan memberikan tambahan 1 liter seperti mana yang dicadangkan oleh kami.


Formula asas bagi kuantiti air yang pelru di minum adalah simple sahaja. Bagi setiap berat 25kg, anda perlu minum sekurang-kurangnya 1 liter air. Jadi sekiranya berat anda 75kg, maka 3 liter air minum di perlukan oleh badan anda. Dan bagi mereka yang mengambil suplemen, Murni mencadangkan anda mengambil extra 1 liter air bagi mencukupi keperluan seharian. Minum lebih air mungkin kita akan kerap ke tandas, minum kurang air pula, mungkin kita akan kerap ke hospital pulak. So Think wisely. Jangan marah ya..gurau jaa


Apa2 pon Murni doakan kawan2 semua sihat sejahtera sokmo..Take care..Bye






12 Komentar untuk "Cara Minum 3 Liter Air Sehari Bagi Yang Mengambil Supplemen dan Vitamin"

Zumal rasa zumal minum lebih dari itu, hehe ^-^

mak aiii 3liter tu
seliter pun kemut nak abis kan hahaha

Alah bisa tegal biasa...mulakan slow slow. .in sya Allah terbiasa nanti,.

tapi dah memandai sekiranya kita minum air putih secukunya.. tak smpai 3L pun xpa.. cara nak tahu kita cukup air dalam badan apabila urin menjadi jernih.. apabila kita minum air terlalu banyak melebihi keperluan kita... risiko lebihan air akan terjadi dan akan membahayakan kesihatan...

bagus laa cmtu..kalau dah terbiasa..

3liter tu sbg contoh kalau berat 75kg..nisbah nya 1 liter untuk setiap 25kg..jd kalau berat 50kg cukup jer dlm 2liter atau kalau kurang boleh top up dengan makan buah2 seperti tembikai dan sebagainya..hihihi

memang nak mulakan tu susah..tp kalau dah terbiasa akan jadi mudah..

setuju juga dengan cara tu..yg kat atas tu 3liter tu sbg contoh kalau berat 75kg..nisbah nya 1 liter untuk setiap 25kg..jd kalau berat 50kg cukup jer dlm 2liter atau kalau kurang boleh top up dengan makan buah2 seperti tembikai dan sebagainya..hihihi

terima kasih atas perkongsian nak kena amalkan ni

saya dulu jenis susah nak minum air masak byk, tp bila menyusu anak, sentiasa dahaga, so, mmg automatik minum air banyak la

Sha memang bermasalah kalau minum air banyak..tambahan kerja sha di bahagian kaunter lg x mengizinkan..huhu..tp kalau kat umah memang pulun minum..

kami klau minum guna gelas ke apa msti x smpai 2 liter.klau guna botol mineral 500ml tu boleh smpai 4 liter shari

Coretan Popular Ku : )

 
Copyright © 2014 Coretan Murni Alysa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info | Edit By MH