Akibat Terlampau Memilih Makanan...Akhirnya Alysa Sembelit Teruk...huhuhu

4:03 PM

Assalamualaikum...Firstly Murni awal2 nak bagitau Entry Murni kali ini ada unsur2 kurang menyenangkan.. kalau ada yg rasa tak selesa lepas membaca coretan Murni kali ini Murni mohon maaf banyak2...Niat Murni hanya satu untuk berkongsi pengalaman dan info2 kesihatan untuk keluarga kita..yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan..InsyaAllah hidup kita akan selamat dengan izin Allah..Aamiiin!



Kejadian ini sebenarnya dah lama berlaku dan berlarutan sampai umur Alysa 4thn lebih...lama kannn??? Ianya bermula dari umur alysa 2tahun setengah..masa tu dia baru lepas berhenti pakai pampes...terus terang Alysa tersangat senang nak ajar putus pampes..murni ajar dia 2-3 hari sudah pandai..tp.....huhuhu untuk kencing saje dia pandai bagi tau...tapi untuk buang air besar dia xpandai bagitahu...




Mmmm mcm mana Murni ajar dia??? kebetulan mass tu Murni dah tak kerja..so senang laa untuk ajar dia 'potty trainning'...InsyaAllah ada masa nanti Murni akan kongsikan tips mcm mana Murni trained Alysa utk putus pampes...




Harini Murni tergerak hati utk ceritakan penagalaman Murni utk menghadapi anak yg mengalami sembelit yg teruk..pd pandangan Murni, Alysa ni mendapat sembelit yang teruk kerana dua sebab je...







  • pertama: Alysa ni tersangat memilih makanan..sayur & buah langsung dia tak nak makan..Murni pun hairan masa dia kecik dia suka je makan sayur..tp bila dah besar dah cerdik dia jadi tak nak..bila nampak sayur dia kuis2 letak tepi..klu kita suapkan pun bila rasa sayur dia akan keluarkan balik nasi tu..huhuhu

  • kedua: Alysani suka tahan berak...sebab dia takkan berak selagi Murni tak pakaikan dia pampes..dan murni hanya pakaikan dia pampes bila dia nak tidur je...kadang2 lepas dia tidur baru Murni pakaikan dia pampes sebab takut dia terkucil atas tilam..hihihi..dan bayangkan dari pagi sampai ke mlm dia xberak sebab tak pakai pampes...

Kadang2 bila bgn pagi bila dia rasa ada pampes dia akan berak dlu sebelum mandikan dia pagi tu..tp kalau tiba2 ms dia bgn pg tu pampes dia dah penuh sangat Murni terus tukar xmau tggu sampai dia berak sebab takut bocor..jadi haritu seharian plok dia takkan berak...aduhaiii...


Akhirnya bila masuk hari kedua mula laa dia gelisah sebab perut dah penuh dan bila nak buang air najis dah jadi keras.. Mula laa berpeluh2 kadang2 sampai mengerang2..tp ms ni dia masih nak buang air dlm pampes dan dalam keadaan berdiri..dah jadi habit dia buang air secara berdiri...huhuhu kesian sgt kat dia..


Lepas dah jd kerap sangat dia susah nak membuang tu Murni pun berbincang dengan Suami.. Dia cadangkan supaya bagi ubat sirap lactu solution utk lembutkan najis.. Tp masih x jalan.. Masih jg sembelit..lagipun ubt tu hanya lembutkan najis yg baru.. alysa ni sembelit sbb najis yg paling bawah jd keras sbb dia tahan berak beberapa hari..Jadi misi kali ini FAILED! huhuhu





So lps ubat tu pun tak jalan Murni try search Google cari alternatif untuk kurangkan sembelit Alysa ni..maka terjumpa laa satu blog yg bagi petua supaya campurkan sedikit tepung ubi kayu kedalam susu Alysa.. Sbb dlm blog tu bgtau tepung ubi ini boleh melembutkan najis.. Tp tepung ubi tu tak boleh campur banyak nanti anak akan jd cirit plok.. So murni agak2 je boh sesudu teh je dlm susu dia..




Alhamdulillah..hari pertama lps dua kali minum susu campur tepung ubi tu Alysa buang air dgn lancar.. Lega hati..terus bgtau abg formula tu berkesan..lagipun tepung ubi tu semulajadi..tak laa risau sangat..hihihi






Kusangka panas sampai ke petang tetapi rupanya hujan ditengah hari pulak...lepas seminggu amalkan campur tepung ubi kedalam susu tu sembelit dia datang lagi..adoii..buntu..sekali lagi kami suami-isteri berbincang..sebenarnya suami Murni seorang Medical Assistant (MA) dekat klinik kesihatan...jadi dia selalu sangat handle kes kanak2 yg sembelit teruk sampai berdarah2...




Suami kata memang tak ada cara lain dah..bila dia dok mengerang2 sampai berpeluh2 pastu keluar sket2 je mcm taik kambing je..kesian sgt2..huhuhu..bila keluar sket2 mcm tu pampes pun membazir..Suami syorkan kami guna Enema ( ubat cecair cucuk & picit dekat anus dia )..esok tu abang beli sebiji ubat tu untuk standby..bila tiba masa Alysa nak uk2 tu tarik dia paksa cucuk & picit kat anus dia..Ya Allah memang kesian dia menangis teruk sgt..tp terpaksa jg buat mcm tu utk tlg dia..lps picit tak sampai 5minit terus dia buang..tp dia terpaksa jg push kuat2 sebab najis tu dah keras & besar..tp oleh kerana cecair dari ubat tu dah jd pelincir maka senang la sket proses utk dia push..selesai satu bab..mcm tu laa berlarutan sampai umur dia dekat 4 tahun..kami sentiasa tlg dia..huhuhu




Tp bila umur dia dah masuk 4tahun dia dah cerdik..bila kami kata je nak "bubuh ubat bom" kat dia..terus dia menangis kata tak mau..tak mau..kadang2 meronta2..dia pun dah besar..kami kena guna tenaga yg banyak utk paksa dia..Ya Allah..kami memang laa tak sampai hati nak teruskan..tp kami tak mau biarkan mcm tu je..sebab abg kata banyak kes dekat klinik sampai berdarah2 sebab koyak anus dia..yg kena operation pun ada...Adoiii








Lepas tu Murni sekali lagi menGoogle..lalu terbaca laa banyak testimoni tentang Mealshake Shaklee dapat elakkan sembelit pada kanak2..masa tu Murni belom lagi join ahli Shaklee ini..kebetuln masa tu adik ipar Murni salah seorang SID shaklee..dia pun suggest utk Murni try bagi Mealshake Shaklee ni pada Alysa...




Alhamdulillah lepas seminggu Alysa minum Mealshake Shaklee ni masalah sembelit Alysa dah ok..Murni bagi dia sesudu Mealshake campur susu @ milo..Murni amalkan dua @ 3kali sehari... rasa Mealshake ini pun sedap..perisa vanila mcm aiskrim..Syukur pada tuhan kerana menemukan jalan juga untuk Murni ubatkan masalah Alysa ni..lagipun Mealshake ni makanan tambahan yg lengkap untuk tumbesaran kanak-kanak macam Alysa..hihihi








Rasanya cukup laa dulu perkongsian Murni setakat ini..InsyaAllah entry akn datang Murni akan ceritakan lebih detail lagi ape itu Mealshake Shaklee ni.. Terima Kasih banyak2 kepada yg sudi singgah disini..

Jika kawan2 berminat nak cuba Meal Shakes dari Shaklee ni, kawan2 boleh Whatsapp/call Murni 012-9817932. 



Atau...



Walk-in terus Ke Cawangan Shaklee yang Berdekatan: 

Jika anda tinggal berdekatan dengan cawangan Shaklee, anda boleh terus ke cawangan Shaklee yang berdekatan dengan menggunakan ID saya: 1176598 [Murniwati Awang]





Artikel Menarik Yang Lain

0 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang